Thursday, December 23, 2010



Pasukan nasyid SMKA Sharifah Rodziah ketika proses penggambaran untuk salah satu video-klip album yang akan diterbitkan.. tahniah diucapkan kepada unit kebitaraan Nasyid.. semoga kemunculan album yang akan datang membuka ruang dan peluang untuk menyebarkan nama As-Sharifah dalam dunia seni dan dakwah ..
Persembahan pelajar pelajar tingkatan 5 2010 pada malam penganugerahan Asrama As-Sharifah.. adalah persembahan terakhir sebelum melangkah kaki meniggalkan Bumi As-Sharifah..
Resam seorang hamba.. yang datang pasti akan pergi.. ynag kekal hanyalah Dia yang Maha Esa.. Kepada anak anak lepasan As-Sharifah.. "JGN sekali kali kamu lupa dan tinggalkan segala ajaran yang pernah kamu pelajari di sini.. " Ilmu tanpa amal adalah sia-sia.. dan Amal tanpa ilmu = GILA " ..

Sunday, November 28, 2010

Barisan Warden warden 2011

Tahun 2011 yang akan menjelang memperlihatkan barisan warden warden baru yang akan bertindak sebagai ayah dan ibu pelajar pelajar Sharodz di asrama. Masih lagi bersama Ketua Warden , cikgu Khalidjah Aziz, dan Penolong Kanan Pentadbiran sebagai warden, dan orang lama /old-timer ( otai ) warden, ustazah Azian Talib sebagai warden dalam, pengurusan Asrama Sharodz menggabungkan orang lama dan orang baru - mudah mudahan asrama as-sharifah mengekalkan kecemerlangan lama, mengorak langkah kemasyhuran baru.

Sunday, July 11, 2010

Blok F akan pindah sementara.



Pelajar-pelajar penghuni blok F akan mula pindah ke blok G dan blok h bermula 10 Julai 2010 ( Sabtu ) disebabkan kerja kerja baik pulih bilik air di tingkat satu blok F..
untuk sementara waktu sahaja.. sehingga kerja-kerja baik pulih tersebut selesai. Diharapkan semua pihak yang terlibat termasuk ibu bapa faham dan bersabar di atas kesulitan yang dihadapi.

Warden in, warden out ..

Untuk makluman semua, beberapa orang cikgu / ustaz yang telah lama menjadi warden selama ini akan menamatkan perkhidmatan mereka sebagai warden beberapa bulan ini... dan diganti dengan warden-warden baru..
Warden-warden yang akan berhenti adalah :
  • Cikgu Abdul Aziz Yunus. ( bulan Mac )
  • Ustaz Zulkahiri Romli ( Bulan Jun )

Mereka ini akan diganti dengan
  • Ustazah Hatina binti Yaacob
Buat masa sekarang , warden-warden yang akan menjadi warden dalaman ( yang tinggal dalam kawasan sekolah ) adalah
  1. Ustazah Azian Talib
  2. Ustaz Jihadi Saad
  3. Ustazah Hatina Yaacob

Sunday, February 28, 2010

Mesyuarat warden kali ke dua 2010

Mesyuarat Warden Kali kedua ini diadakan pada :

Tarikh : 25 Februari 2010
Masa : 03.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Puan Pauziah

Diantara agenda mesyuarat kali ini ialah :
  • Ucapan pengerusi
  • Ucapan Pengetua Sekolah
  • Pengesahan dan bangkitan minit Mesyuarat lalu
  • laporan-laporan setiap biro
  • Laporan Kerosakan
  • Penempatan pelajar-pelajar terpilih ke asrama/ blok baru

Asrama SMKA Sharifah Rodziah, Telok Mas.


JAWATANKUASA PENGURUSAN ASRAMA SMKA SR 2010.

Pengerusi : Pn. Hajjah Lailawati binti Haji Ahmad ( Pengetua )
T. Pengerusi : Pn. Zaini binti Jani ( PK Hem )
Naib Pengerusi 1 : Pn. Hatina binti Yaacob PK 1 )
Naib Pengerusi 2 : Tn Haji Md. Ismail bin Md. Ali
Setiausaha : Pn Khalidjah binti Abd. Aziz
Pen. Setiausaha : Pn. hatijah binti Ali

Ahli Jawatankuasa
( Warden-warden ) : Pn. Khalidjah binti Abd. Aziz
Pn. Hjh Azian binti Talib
Pn. Hatijah binti Ali
En. Muhd. Zulkhairi bin Mohd. Romli
En. Nor Azlan bin Abu Samah
En. Serzali bin Johari
En. Abd. Razak bin Samsudin
En. Fakhrughazi bin Abd. Ghani
Tn. Haji Abd. Aziz bin Yunus
En Jihadi bin Saad

Penyelia Asrama : Pn. Mashitah binti Juahir ( N22)
Penyelia Asrama : Pn. Noorlida binti Abd. Ghani ( N17 )